Apakah itu Program Latihan MADANI?
Program Latihan MADANI ialah inisiatif latihan yang selari dengan konsep Malaysia MADANI, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, kebolehpasaran, dan daya saing rakyat Malaysia. Program ini merangkumi pelbagai latihan dalam bidang teknikal, vokasional, keusahawanan, dan pembangunan diri, selaras dengan keperluan industri dan ekonomi semasa.
Jenis Latihan di Bawah Program MADANI
Latihan Teknikal & Vokasional (TVET)
- Kursus dalam bidang automotif, elektrik, mekanikal, dan pembinaan
- Latihan industri di pusat TVET seperti GiatMara, ILP, dan Kolej Komuniti.
Latihan Digital & Teknologi
- Kursus IT, kecerdasan buatan (AI), data analytics, dan e-dagang.
- Pensijilan dalam bidang digital untuk meningkatkan peluang pekerjaan.
Latihan Keusahawanan
- Kursus dalam bidang pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi serta teknologi.
- Pensijilan dalam bidang keusahawanan untuk meningkatkan peluang pekerjaan.
Latihan Soft Skills & Kepimpinan
- Peningkatan kemahiran komunikasi, kepimpinan, dan penyelesaian masalah.
- Kursus motivasi dan pembangunan diri untuk meningkatkan keyakinan diri.
Matlamat Program Latihan MADANI
Meningkatkan Kemahiran Pekerja
Memberikan latihan dalam bidang kritikal seperti teknologi, perkilangan, pertanian moden, dan industri digital.
Memperkasa Usahawan
Menyediakan latihan keusahawan dan sokongan kepada perniagaan kecil & sederhana (PKS).
Menyokong Golongan Rentan
Membantu belia, gologan B40, wanita, dan OKU mendapatkan kemahiran yang boleh menjana pendapatan.
Melahirkan Tenaga Kerja Berdaya Saing
Memastikan rakyat Malaysia mempunyai kemahiran yang relevan dengan pasaran kerja.

Siapa yang Layak?
- Golongan belia yang sedang mencari pekerjaan atau ingin meningkatkan kemahiran.
- Pekerja sedia ada yang ingin menambah nilai kepada kerjaya mereka.
- Usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.
- Golongan B40, OKU, dan ibu tunggal yang memerlukan latihan untuk menjana pendapatan.