Malaysia madani Merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik
untuk menjadikan dasar dan perlaksanaan di Malaysia
lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi
musyawarah dan maklum balas rakyat.

DEFINISI

Merujuk kepada masyarakat yang maju dari segi pemikiran, nilai dan pembangunan insan secara menyeluruh. Ia menekankan keseimbangan antara kemajuan ekonomi, akhlak, ilmu, perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Dalam konteks Malaysia, Madani membawa aspirasi membina negara yang adil, berdaya saing dan berperikemanusiaan.

MISI

Matlamat kita adalah untuk mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju berteraskan 6 nilai MADANI melalui kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat, dasar ketelusan dan kerjasama.

VISI

Mencorak masa hadapan Malaysia dengan segala potensi yang ada dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang mengubah dunia, dan bercita-cita mengemudi Malaysia dalam zaman pasca normal yang serba rumit melalui laras bahasa, konsep dan budaya kearifan tempatan.

6 Nilai Teras Malaysia MADANI

Mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan.

Kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelastarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan.

Pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta manusia.

Perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbezaan pandangan dunia.

Menghidupkan harapan terhadap perubahan seiring sikap amanah melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan.

Rasional Logo

Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban. Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

Warna Biru

Warna Biru melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Warna ini juga menggambarkan semangat kerjasama, muafakat dan kestabilan negara dalam usaha mencapai kemajuan bersama.

Warna Kuning

Warna Kuning ialah warna diraja yang melambangkan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung negara. Warna ini menunjukkan penghormatan rakyat terhadap sistem pemerintahan beraja yang menjadi salah satu asas penting dalam pentadbiran Malaysia.

Warna Merah

Warna Merah melambangkan keberanian, kegigihan dan semangat juang rakyat Malaysia dalam mempertahankan negara daripada sebarang ancaman. Warna ini turut mencerminkan kekuatan rakyat yang sentiasa berani menghadapi cabaran demi mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara.

Warna Putih

Warna Putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan keluhuran hati rakyat Malaysia. Selain itu, warna putih juga mencerminkan nilai amanah, keadilan dan keamanan yang sentiasa dipelihara demi kesejahteraan negara dan rakyat.

Blog

Berita dan Artikel